ads

Isnin, 7 Oktober 2013

Brunei Lebih Takut Laknat Allah s.w.t.




Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat tuhan.
"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukan sahaja tapi semua yang berada di negara ini"
"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak"
"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnyanya.-AP

----------------

*p/s : Re-post artikel lama tetapi tetap releven terutamanya bagi negara mahupun negeri yang mempunyai bukan sahaja majoriti penduduk Islam malah mempunyai pemerintah Islam.

Brunei takde masalah untuk tegas dalam hal ini kerana mereka punya majoriti besar beragama Islam dan pemerintah yang teguh dalam pemerintahan Islam.

Namun dinegara kita agak sedikit berbeza kerana kita sudah tidak punya majoriti yang besar lagi. Bagi sesebuah negara yang berbilang kaum dan agama masih ada keperluan untuk duduk berbincang dan bersepakat dalam hal pemerintahan dan pentadbiran.

Kecualilah kalau negeri-negeri majoriti besar muslim seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu mahu ikut jejak brunei keluar dari persekutuan dan mentadbir sendiri negeri baru mereka mampu untuk bertindak sama seperti Brunei. Namun admin fikir perkara itu sukar berlaku pada ketika ini kerana faktor-faktor perjanjian dan juga kebergantungan antara satu sama lain yang sudah terjalin.

Misal katalah negeri-negeri ini terpisah dari persekutuan/Malaysia, ianya tidaklah membawa maksud perpecahan, kerana semua negeri-negeri Islam itu hakikatnya berada dibawah satu kesatuan Daulah Islamiah.

::tak salah kita nak share benda baik kan .. :) semoga kita sama-sama dapat manfaat::

ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA

surah fatihah
al-fatihah



 Pada saat kita membaca surat Al-Fatihah sewaktu kita Shalat, banyak sekali orang yang cara membacanya tegesa-gesa tanpa spasi, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan Shalatnya.

Padahal disaat kita selesai membaca satu ayat dari surat Al-Fatihah tersebut, Allah menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman : ..

"Aku membagi Shalat menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku".

Artinya, tiga ayat diatas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

Ketika Kita mengucapkan "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin". Allah menjawab : "Hamba-Ku telah memuji-Ku"....

Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra him", Allah menjawab : "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku".

Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin", Allah menjawab : "Hamba-Ku memuja-Ku"

Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”, Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku”.

Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”,
Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (H.R. Muslim dan At-Turmudzi)

Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawaban indah dari Allah karena Allah sedang menjawab ucapan kita.

Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikatpun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

Barang siapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.”.
(H.R Bukhari, muslim, Abu Dawud dan An-Nas).


Sabda Rasulullah SAW

“Barang siapa Menunjukkan kepada Kebaikan. Maka ia memperoleh Pahala yang sama seperti yang melakukan atau mengamalkan Kebaikan itu.” (HR. Muslim, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)InshaAllah...



Wahai ahliku, apa pun perbuatan seharian yang hendak kita lakukan, jangan lupa niat kerana Allah bersesuaian dengan pesanan Rasulullah انما الاعمال بالنيات dan yang paling penting biarlah perbuatan itu mendapat redha Allah dan bukan kerana pahala NYA, jangan berputus asa untuk berdoa dan memohon semoga amalan yang kita lakukan mendapat redha NYA...

Jangan sekali-kali berburuk sangka dengan setiap perkara yang menimpa pada diri kalian, sebelum mengharap redha Allah belajar menerima dan redha dengan ketentuan Allah...InShaaAllah dirimu akan berjaya...bukan sekadar di dunia tetapi di akhirat...

ﻛُﻞُّ ﻧَﻔْﺲٍ ﺫَﺍﺋِﻘَﺔُ ﺍﻟْﻤَﻮْﺕِ ۗ ﻭَﻧَﺒْﻠُﻮﻛُﻢْ ﺑِﺎﻟﺸَّﺮِّ ﻭَﺍﻟْﺨَﻴْﺮِ ﻓِﺘْﻨَﺔً ۖ ﻭَﺇِﻟَﻴْﻨَﺎ ﺗُﺮْﺟَﻌُﻮﻥَ

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. Al Anbiyaa 21:35
Allah menguji hamba-Nya dengan musibah pada satu waktu, dan dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk memperlihatkan siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap. Allah menguji hamba-Nya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. Itulah tanda-tanda Allah yang mesti kita ketahui dan fahami...jangan biarkan kita buta, tuli dan tidak mempunyai hati...

Semoga Allah menempatkan kita bersama hamba-hambaNYA yang berjaya dan bukannya golongan yang di dalam kerugian...Amiin

Ahad, 6 Oktober 2013

jangan tunggu sampai 40 hari
ini nasihat dari nabi kita sendiri , jagalah kebersihan ok

Suami suka bila isteri...




1. Memberi isteri peluang memberi pandangan - 
Si isteri amat suka jika ianya mampu memberi sumbangan melalui pandangannya yang diambil kira oleh suami. Sesekali mendengar pandangannya membuatkan mereka rasa dihargai.

2. Memaafkan kesalahannya - 
Tiada manusia yang sempurna kecuali nabi dan rasul Nya. Maka memaafkan isteri adalah cara terbaik mengeratkan hubungan suami isteri dan membuatkan si suami lebih dihormati.

Memberinya kasih sayang -
Kasih sayang amat penting bagi mengukuhkan suami isteri dalam melayari ranjau kehidupan. Tanpanya, rumahtangga akan sentiasa bergelora, terumbang ambing, hilang sifat hormat menghormati antara suami dan isteri.

3. Menghargainya -
Menghargai isteri bukan semestinya memberinya duit. Ganjaran yang boleh diberikan kepada isteri dalam pelbagai bentuk. Kadangkala sebuah ciuman sudah cukup membuatkan isteri tersenyum.

4. Menghormati haknya -
Sebagai contoh jika pada tahun ini adalah giliran isteri beraya di rumahnya maka hormati haknya dan jangan sesekali suami melanggarnya demi kepuasan diri sendiri.

5. Menjaga hati dan perasaan bila berada di luar -
Bila keluar bersama pernahkah kita menjeling perempuan lain? Walaupun isteri tidak mengatakan mereka tidak suka, namun ketahuilah ianya menyakitkan mereka dan membuatkan mereka cemburu.

6. Bersikap jujur
- Jangan terlalu banyak menyimpan rahsia di belakang isteri sekiranya isteri berada jauh dari suami. Isteri lebih suka suami bercakap jujur daripada tembelang suami pecah kemudian hari. Jadi jujurlah wahai suami kerana mereka tidak suka ditipu.

7. Bertolak ansur
- Memahami situasi isteri yang keletihan apatah lagi mereka juga bekerja mencari rezeki keluarga. Jadi dalam hal yang remeh temeh bolehlah suami bertolak ansur dengan isteri.

8. Terimalah dia seadanya
- Walau apapun perkara yang berlaku pada masa silamnya, isteri tidak suka suaminya mengungkit. Jika suami sanggup melafazkan akad maka terimalah dia seadanya

9. Membantunya menguruskan rumahtangga
- Isteri masak di dapur, suami membaca suratkhabar sedangkan anak menangis meminta susu. Bantulah meringankan tugas isteri membuatkan suami lebih disayangi oleh isteri.

10. Menerima keluarganya
- Sejahat manapun keluarga sebelah isteri anda, terimalah mereka juga kerana ikatan persaudaraan isteri perlu dijaga. Janganlah suami membezakan apa kekurangan yang ada pada keluarga sebelah isteri.
==============================