Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat tuhan.
"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukan sahaja tapi semua yang berada di negara ini"
"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak"
"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnyanya.-AP
----------------
*p/s : Re-post artikel lama tetapi tetap releven terutamanya bagi negara mahupun negeri yang mempunyai bukan sahaja majoriti penduduk Islam malah mempunyai pemerintah Islam.
Brunei takde masalah untuk tegas dalam hal ini kerana mereka punya majoriti besar beragama Islam dan pemerintah yang teguh dalam pemerintahan Islam.
Namun dinegara kita agak sedikit berbeza kerana kita sudah tidak punya majoriti yang besar lagi. Bagi sesebuah negara yang berbilang kaum dan agama masih ada keperluan untuk duduk berbincang dan bersepakat dalam hal pemerintahan dan pentadbiran.
Kecualilah kalau negeri-negeri majoriti besar muslim seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu mahu ikut jejak brunei keluar dari persekutuan dan mentadbir sendiri negeri baru mereka mampu untuk bertindak sama seperti Brunei. Namun admin fikir perkara itu sukar berlaku pada ketika ini kerana faktor-faktor perjanjian dan juga kebergantungan antara satu sama lain yang sudah terjalin.
Misal katalah negeri-negeri ini terpisah dari persekutuan/Malaysia, ianya tidaklah membawa maksud perpecahan, kerana semua negeri-negeri Islam itu hakikatnya berada dibawah satu kesatuan Daulah Islamiah.
::tak salah kita nak share benda baik kan .. :) semoga kita sama-sama dapat manfaat::