Suami suka bila isteri...
1. Memberi isteri peluang memberi pandangan -
Si isteri amat suka jika ianya mampu memberi sumbangan melalui pandangannya yang diambil kira oleh suami. Sesekali mendengar pandangannya membuatkan mereka rasa dihargai.
2. Memaafkan kesalahannya -
Tiada manusia yang sempurna kecuali nabi dan rasul Nya. Maka memaafkan isteri adalah cara terbaik mengeratkan hubungan suami isteri dan membuatkan si suami lebih dihormati.
Memberinya kasih sayang -
Kasih sayang amat penting bagi mengukuhkan suami isteri dalam melayari ranjau kehidupan. Tanpanya, rumahtangga akan sentiasa bergelora, terumbang ambing, hilang sifat hormat menghormati antara suami dan isteri.
3. Menghargainya -
Menghargai isteri bukan semestinya memberinya duit. Ganjaran yang boleh diberikan kepada isteri dalam pelbagai bentuk. Kadangkala sebuah ciuman sudah cukup membuatkan isteri tersenyum.
4. Menghormati haknya -
Sebagai contoh jika pada tahun ini adalah giliran isteri beraya di rumahnya maka hormati haknya dan jangan sesekali suami melanggarnya demi kepuasan diri sendiri.
5. Menjaga hati dan perasaan bila berada di luar -
Bila keluar bersama pernahkah kita menjeling perempuan lain? Walaupun isteri tidak mengatakan mereka tidak suka, namun ketahuilah ianya menyakitkan mereka dan membuatkan mereka cemburu.
6. Bersikap jujur
- Jangan terlalu banyak menyimpan rahsia di belakang isteri sekiranya isteri berada jauh dari suami. Isteri lebih suka suami bercakap jujur daripada tembelang suami pecah kemudian hari. Jadi jujurlah wahai suami kerana mereka tidak suka ditipu.
7. Bertolak ansur
- Memahami situasi isteri yang keletihan apatah lagi mereka juga bekerja mencari rezeki keluarga. Jadi dalam hal yang remeh temeh bolehlah suami bertolak ansur dengan isteri.
8. Terimalah dia seadanya
- Walau apapun perkara yang berlaku pada masa silamnya, isteri tidak suka suaminya mengungkit. Jika suami sanggup melafazkan akad maka terimalah dia seadanya
9. Membantunya menguruskan rumahtangga
- Isteri masak di dapur, suami membaca suratkhabar sedangkan anak menangis meminta susu. Bantulah meringankan tugas isteri membuatkan suami lebih disayangi oleh isteri.
10. Menerima keluarganya
- Sejahat manapun keluarga sebelah isteri anda, terimalah mereka juga kerana ikatan persaudaraan isteri perlu dijaga. Janganlah suami membezakan apa kekurangan yang ada pada keluarga sebelah isteri.
==============================
Tiada ulasan:
Catat Ulasan