ads

Sabtu, 22 Jun 2013

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

MOGA CATATAN INI MENDATANGKAN KEINSAFAN



'kepada rakan2dan juga saya..'

( 1) Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan syirik kepada Allah.
Dosa yang paling besar dalam Islam.
Kekal dalam neraka selama-lamanya.

( 2) Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu
serta lalai dalam solatnya.
sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar.

( 3 ) Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.

( 4 ) Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

( 5 )Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi
mengata dan mengumpat orang.

( 6 )Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya
lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba.

( 7 )Mayat yang wajahnya tersenyum,
itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

note: sama-samalah kita renung-renungkan
jika ada silap dan salah harap dimaafkan..

Jumaat, 21 Jun 2013

6 SEBAB PERIOD ANDA LEWAT


assalamualaikum dan salam jumaat yang indah .



  Tiada yang lebih menakutkan bagi seorang wanita daripada kedatangan period yang lewat, kecualilah sekiranya dia berusaha untuk hamil. Adakah saya hamil? Kehamilan adalah perkara pertama yang kita fikirkan ketika period kita tertunda. Tapi apakah kehamilan adalah satu-satunya alasan bagi orang untuk mempunyai period lewat? Ini adalah 6 alasan yang paling umum untuk menjawab mengapa period anda lewat:

* STRESS


Stress dapat mempengaruhi banyak hal dalam hidup kita, termasuk period kita. Kadang-kadang kami begitu stress sehingga tubuh kita menurunkan jumlah hormon (GnRH), yang menyebabkan kita untuk tidak berovulasi atau menstruasi. Doktor atau bidan boleh membantu anda mengetahui apa yang perlu anda lakukan untuk rileks dan kembali mengikut jadual period.

* PERUBAHAN JADUAL
Mengubah jadual benar-benar dapat memesongkan jam tubuh anda. Hal ini berlaku terutamanya jika terdapat pertukaran waktu kerja dari pagi ke malam atau sebaliknya.

* PENGAMBILAN UBAT
Berkemungkinan cubaan anda mencuba rawatan baru menyebabkan tempoh period tertunda atau tiada. Pastikan anda bercakap dengan doktor atau bidan tentang kesan samping ini. Hal ini biasa terjadi bagi pengamal perubatan untuk mengawal kehamilan.

* KEGEMUKAN


Keadaan berat badan yang terlalu banyak hormon boleh mengubah kitaran haid anda dan bahkan menghentikannya. Kebanyakan wanita akan kembali ke kitaran biasa dan mencapai kesuburan dengan kehilangan berat badan.

* TERLALU KURUS
Jika anda tidak mempunyai cukup lemak pada badan, anda tidak akan mempunyai period yang teratur, kadang-kadang ini akan menyebabkan menstruasi anda untuk berhenti terus daripada terhasil. Ini disebut amenorrhea. Biasanya berat badan akan membantu anda memiliki kembali period anda. Ini adalah penyebab yang sering dialami oleh wanita yang bekerja dalam bidang ekstrim atau atlet profesional.

* ANDA HAMIL!! 



Akhirnya! Ya, period yang tidak kunjung tiba mungkin disebabkan anda sedang hamil! Membuat ujian kehamilan biasanya boleh membantu anda menentukan sama ada anda mengalami kelewatan period kerana anda sedang hamil atau sebaliknya.



Rabu, 19 Jun 2013

Cerita pasal duit.

assalamualaikum



Inilah duit atau token persendirian untuk membayar gaji peladang atau estet,token ini tidak mempunyai tarikh keluaran,mengikut sejarah sandakan di mana waktu itu syarikat2 dari china seperti Kwan Koo Khong telah membuka cawangan di daerah Sandakan pada tahun 1879.

Buruh dari China telah dihantar ke Sandakan bagi tujuan bekerja di Ladang ,koko,tembakau & lain-lain , termasuk orang-orang tempatan rakyat Sandakan,sabah 

Dizaman kesultanan Sulu yg pernah memerintah Borneo ketika dulu,1 matawang pernah diguna seluruh kepulauan Borneo,matawang yg sebut pilak bagi orang Sulu atau perak bagi orang2 melayu Borneo,nilai matawang itu 1perak,dan setengah perak yg mula dikeluaran pada tahun 1878.

Setelah kesultanan Sulu menyerahkan Borneo kepada British untuk dimajukan.
Matawang pilak itu tidak lagi digunakan bagi tujuan urusan jual beli,matang North Borneo telah diguna pakai dengan nilai 1sen,setengah sen,25sen dan 5sen.

Durian dalam durian??

assalamualaikum dan salam satu malaysia..



LEDANG, MUAR - Seorang pemandu lori terkejut apabila mendapati sebiji durian kampung yang ditanamnya berbeza, kerana durian tersebut mengandungi durian lain di dalam pangsanya.

Musa Muhammad, 54, berkata, dia menyedari keunikan berkenaan ketika mengupas buah itu untuk dihidangkan kepada anak sulungnya yang hendak pulang ke kolej.

“Saya memungut buah ini yang baru gugur daripada pokok bersebelahan rumah selepas pulang dari tempat kerja.

“Sebaik mengupasnya, saya terkejut melihat terdapat durian berwarna keemasan di tengah antara pangsa buah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian rumahnya di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, dekat sini, semalam.

Menurutnya, dia segara memanggil isterinya, Zaleha Tamyiz, 50, dan dua anak lelaki bagi menyaksikan kejadian pelik itu.

Jelasnya, ini pengalaman pertama mereka melihat kejadian pelik itu.

Tambahnya, jiran yang mengetahui penemuan itu turut tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan kejadian berkenaan.

“Walaupun ganjil, tetapi rasa keenakan buah ini sama dengan durian lain.

“Inilah bukti kebesaran ALLAH SWT dan ia menjadi pengalaman menarik dalam kehidupan kami sekeluarga apabila diberikan peluang dipertemukan dengan kejadian seumpama ini,” katanya

sumber dari "Sinar Harian".

Amalan cukur jambul Bidaah Orang Melayu.

assalamualikum





AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w..

Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya. (cc: Haryati Hashim 0fficial Page).

Insyaallah pasti Ada Jalannya.

akibat mabuk!!

assalamualaikum

    Ini la padahnya akibat terlampau mabuk sampai tak sedarkan diri ,

tak pasal2 kena bungkus 

kesian ..tu la mabuk g

kreatif sungguh nak pekenakan member depa ni


kalau la jatuh agak2 sedar gak ke ni?


nakal betui la member depa ni ..

saja la tak tau nak bt apa jadi yang ni ja yg dapat dikongsikan hahaha..
boring punya pasal la ni... :P

Isnin, 17 Jun 2013

tempe , makanan awet muda

assalamualaikum dan salam satu malaysia

  Siapa tak mau awek muda , semua orang nak awek muda cantik dan sehat, tapi ramai dikalangan  masyarakat kita tak tau khasiat sebenarnya .

  Tahukah anda , bahawa tempe mempunyai khasiat yang cukup tinggi , ia mampu melambatkan proses penuaan . selain daripada itu tempe juga mengandungi zat anti bakteria yang menyebabkan cirit birit , penurunan kolesterol dalam darah ,mencegah penyakit jantung dan juga tekanan darah tinggi . sebagai makanan yang  berkasiat , tempe menggandungi vitamin B1(tiamin) , B2 (ribolavin) , niasin , vitamin B6 (piridioksin) dan vitamin B12 yang meningkat 33 kali ganda selama proses ermentasi. so lepas ni kene la amalkan makan tempe  untuk awek muda.

Sabtu, 15 Jun 2013

jenama ASUS tahan lasak !!

assalamualaikum.

  Berapa hari tak buka rasa rindu pula , tapi nak buat macam mana baru-baru ni laptop rara tersimbah air teh, mujurlah hidup juga ni semua akibat kecuaian sendiri. Apa pun syukur alhamdulillah still boleh on lagi spcer pun ok, tapi yang tak ok nye tang keyboard je huruf "f" "h" dengan huruf "j" saja yang lain semua ok. Ini pun rara guna touch scren keyboard.

   Rara baru je pakai dalam 2,3 bulan ,tak taulah benda nak jadi kan nak buat macam mana tapi terus terang la memang menangis tak tau nak katalah sedih sangat-sangat sebab rara sayang denagn laptop ni lagi pun rara bukan orang senang nak beli lain .

  Masa tumpah tu rara tak tau nak buat apa panik la katakan , cepat-cepat rara lap lepas tu 'shutdown' dah abis lap kat keyboard tu rara pun try on balik siap baca 'bismillah' g hehe tapi malangnya tak hidup dengan penuh perasaan sedih ,kecewa marah,menangis semua ada lah tapi tak ok juga , rasa macam nak buang je marah punya pasal tapi sayang cheq oiiii... dah lah beli mahal-mahal pastu nak buang tak dak akai ka.

  Rara pun terus tutup laptop ni simpan dalam almari tindih dengan baju-baju yang duk lipat tu , dalam tiga hari juga tak tengok biar dekat dalam almari tu dengan harapan boleh hidup balik..hehehe 'memandai je kan siapa ajar pun tak tau lah'


   Tergerak hati nak try on saja lah nak test boleh hidup ke tidak, dengan penuh rasa syukur alhamdulillah hidup juga laptop ni , rara buka spker ,tengok video , tengok semua dalam tu lah kot-kotlah rosak tapi dengan penuh bangganya tip top semuanya ok tak dak masalah just dia kacau huruf f,h,and j je tapi tak pa minggu depan insyaAllah ada rezeki nak bawa p kedai juga.

   Bagi rara jenama ASUS ni memang terbaik tahan lasak tak menyesal beli. Pada sesiapa nak beli laptop rara syor kan belilah jenama ASUS memang terbaik,cheee duk promot lah pula tapi memang betul rara cakap rara ,mak dengan adik2 semua pakai jenama ni . sebelum ni rara ada pakai jenama lain tapi semuanya tak ok cepat rosak.

  ok lah ni berdasarkan pengalaman rara sendiri ,saja nak share je lepas ni rara kenalah berhati-hati .

~~~~~~terima kasih kerana sudi singgah kat blog rara~~~~~
BYEE..

Khamis, 13 Jun 2013

HARGA ASAL Volkswagen Golf ialah RM 157,888

ASSALAMUALAIKUM

   Baru-baru ni ada sesorang komen dan tanya dekat rara tentang harga kereta Volkswagen Golf ni ,rara pun cari maklumat dari website Volkswagen malaysia dan cari Golf. Jujur pada mulanya rara pun terkejut memang harga asal kereta Golf itu sejak ia dilancarkan lagi di malaysia adalah RM157,888. Bermakna tiada penurunan harga bagi Volkswagen Malaysia ni.

 

kebetulan tersebar seorang penguna facebook bertanyakan  pada wakil Volkswagen Malaysia untuk mendapatkan kepastian harga tersebut melalui akaun facebook resmi mereka, dan ini buktinya 


Ramai yang menyalahkan  salah satu akhbar dan kerajaan menipu rakyat . Betul ke !! 
janganlah cepat sangat menunding jari manalah tau ada kesilapan info tentang harga tersebut. Sama-samalah kita cari maklumat yang sah lepas ni. :) 

note: kalau ada salah silap harap di maafkan komen yang membena amat diperlukan tq.
wasalam..

Selasa, 11 Jun 2013

AKSI NAKAL NABILA HUDA

Assalamualaikum semua

  salah satu aksi nakal Nabila huda yang lucu."bagi rara lah" maybe ada yang tak suka tapi tak kesah lah, yang penting rara enjoy tengok videa ni boleh menghilangkan rasa boring.


nabila huda


Jun 11, 2013 | hahahaha!! by nabilasuhaimi on Keek.com



Jun 11, 2013 | ngok ngek! by nabilasuhaimi on Keek.com

HARGA KERETA TURUN 2013

ASSALAMUALAIKUM..

  ada beberapa model kerata yang di umumkan harga akan turun secara berperingkat seperti yang dijanjikan menifesto PRU 13.dijangka lebih banyak lagi model kerata akan diturunkan harga secara berperingkat oleh kerajaan


Kadar Penurunan Harga (Harga Terkini 2013) &Senarai 10 Harga Model Kereta Turun 2013

:: alhamdulillah terima kasihlah pada kerajaan yang perihatin pada rakyat .
:: bukan semua golongan muda mampu beli kereta so lepas ni jangan lepaskan peluang .
:: kalau dah dapat kereta tu jangan pulak tak bayar and buat perangai nah
:: bersyukur sangat duduk kat malaysia ni banyak dah kemudahan , kerajaan pun perihatin , aman    dan damai 
:: raya ni pasti ramai yang dapat kereta baru hehehe.:: lepas ni mesti lagi sesak lah jalan tu..sabor je lah..

kalau ada terkurang terlebih ,tersalah harap komen yang membena amat diperlukan .. :)

Isnin, 10 Jun 2013

orang pemalas tapi kreatif

assalamualaikum

  Tak boleh nak kata apa lagi macam nilah gelagat manusia yang terlampau malas tapi dalam masa yang sama
terlampau kreatif  "hahahaha Kreatiflah sangat ".... benda tu sangat mudah tapi di mudahkan lagi dek kerana sifat manusia itu sendiri yang terlalu malas.
 
 

akibat telalu sibuk dengan kerja macam ni lah jadinya nak makan dengan tangan pun tak mau dah

pemalas sungguh lah 

ada ke patut sliper pulak yang kena beratur ...ish ish ish tak patut2x

yang ni kalau lemaskan tak pasal masuk kubur hihihi

?? tak  tau dah nak kata apa ...??

kreatifkan orang ni ..kreatif sangat-sangat : /

tu dia sampai macam tu sekali noh apa lah salahnya kalau naik tangga tu ..
bukan setakat kat negara luar ni kat malaysia pun mesti ada juga macam ni malas nak naik tangga .

ni apa kes ?? 

ha yang ni nak share sangat2 ni..mesti ramai yang buat macam ni kan hahahha
tu kes tak larat nak duduk dah aa tu..

sekadar hiburan semata-mata dekat sini pun kita boleh ambil pengajaran 
jangan lah terlampau malas nak buat sesuatu tu rajin-rajinkan lah diri anda
untuk kebaikan diri sendiri juga ..
kalau lah ada anak-anak atau adik dan ahli keluarga kita tengok macam ni 
perangai orang sekeliling kita kan tak baik tu .
takkan kita nak tinggalkan sifat malas tu mewarisi mereka ..
so fikir-fikirkan lah..

wasalam.

Hina Nabi Muhammad s.a.w

assalamualaikum



  Berita yang amat mengecewakan seluruh umat islam ,kenapa ada yang sanggup berbuat demikian .
identiti individu telah pun di kenal pasti ,dua individu yang didakwa menghina nabi Muhammad S.A.W melalui laman sosial facebook.

  Jumaat lalu, dua akaun Facebook menggunakan nama ‘Calvin Gani’ dan ‘Rakyat Anarki’ mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina nabi.

 Perbuatan ini perlu dibendung kerana akan mencetuskan kemarahan dan keharmonian antara agama terjejas. kata  menteri di jabatan perdana menteri . ini salah satu perbuatan yang sangat biadap dan individu terbabit perlu dikanakan tindakan ang sewajarnya ,ujarnya  Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

  Kementerian Komunikasi dan Multimedia memandang serius kes penyalahgunaan Internet di negara ini , terutama sekali berbaur hasutan dan fitnah yang boleh menimbulkan keresahan dan memarahan rakyat ,ujarnya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek 

baca selanjutnya disini >> http://peraktoday.com/?p=120163

Antara negara yang mengharamkan akses Facebook ialah China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan - Bernama

*jangan lah bersikap kurang ajar atau biadap denagn menghina Nabi Muhammad SAW atau sesiapa sekali pun dan menyalahguna laman sosial . 
*Sedih dengan sikap individu yang macam ni sanggup menghina Nabi kita apa puncanya ??..   

note : kalau ada salah silap tolonglah tunjuk ajar dan komen yang membena amatlah diperlukan .terima kasih :)
  

DIANA DANIELLE SELAMAT BERSALIN !!

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..


        Betul ke Diana Danielle dah ada baby ,? dikatakan beliau selamat melahirkan seorang bayi lelaki disebuah hospital berdekatan tempat kediamannya di sydney ,Australia pada mei lalu . Mesti ramai peminatnya tertanya-tanyakan dan teruja nak tengok bayi lelaki Diana Danielle dan Faril Kamil tu kan mesti comel


     Setakat ni tiada maklumat yang sah tentang kelahiran bayi lelaki kedua-dua pasangan tersebut . tetapi jia ia benar . Rara mengucapkan TAHNIAH dan semoga dengan kelahiran bayi tesebut dapat menguatkan lagi perhubungan Diana Danielle dan Faril Kamil dan juga seluruh ahli keluarga mereka ..aminnnn..

Ahad, 9 Jun 2013

SUNGAI BERDARAH!!

ASSALAMUALAIKUM dan salam satu malaysia

Menghairankan kenapa sungai ni berwarna merah kelihatan seperti darah ??
ini disebabkan kezaliman manusia itu sendiri . 
kejadian ni dekat negara china yang berpunca dari dua buah kilang kimia yang menghasilkan bunga api berdekatan (Sungai Jian) telah membuang sisa kumbahan  berwarna merah ke sebuah sungai tersebut . bukan setakat itu saja kandungan logam berat dan element beracun juga turut di temui 




* Macam manalah dengan kehidupan dalam sungai tu kan mesti dah mati AKIBAT perangai dan sikap  manusia itu sendiri yang suka ambil mudah.

* Fikir-fikirkanlah lepas ni jagalah sungai kita yang ALLAH amanahkan dan anugerahkan pada kita.
ciptaan ALLAH tu sungguh cantik tapi bila jadi macam ni ..mmm korang nilailah sendiri macam mana..

sumber dari cik google :P

musim durian dah datang




assalamualaikum semua ..semoga sehat-sehat selalu..

   Pepagi dah cerita pasal durian hehehe, musim durian dah datang !!! siapa tak suka durian tu memang rugi sangat-sangat lah.
    Berapa hari duk mengidam nak makan durian ni saja rindu dengan bau dengan rasa dia ni . Syukur Alhamdullilah ALLAH bagi rezki bagi orang sabar ..."cheee wahh" buah kegemanan ku .
    Kerana teringin sangat mahal pun mahal lah benda baru mai ni biasalah harga dia pun boleh tahan .
Tapi tak pa janji sedap puas hati makan ,yang penting rasa dia tu alamak aiii tak terkata lah ..
durian yang sodap..
tak pasal pepagi ni cerita durian kan siapa nak dengar..huhuhu... jom makan durian ..



*kacang dan kerepek*


assalamualaikum semua 

di kesempatan ini rara nak jual kerepek dan kekacang manalah tau ada yang nak order , rara saja nak test market "hehehhe" rara nak jual murah-murah je , tak lama lagi raya so siapa yang tercari-cari kerepek and kekacang ni boleh lah order dengan rara ye .. yang penting HALAL 


KEREPEK UBI BEREMPAH
RM 6.50 PEK BESAR 

KACANG KUDA
RM 4.00 

KEREPEK UBI PEDAS
RM 5.50 
CTH JE ADA BANYAK LAGI..

yang kena blur tu bukan apa pun itu jelly dengan choklat je untuk rara hehhe
sebenarnya banyak lagi kekacang yang ada ..nanti rara upload ..

**Kalau ada yang berkenan JANGAN TUNGGU LAGI ... cepat order**

WASALAMMM..

Jumaat, 7 Jun 2013

GAMBAR TORNADO YANG MENAkJUBKAN

ASSALAMUALAIKUM hai semua..

    Kagum dengan ciptaan dan kebesaran ALLAH s.w.t ..sangat cantik tapi sangat menakutkan dan merbahaya .
    Tak boleh nak bayangkan kalau kita ada kat tempat kejadian tu macam mana ? hanya ALLAH saja yang tahu ..








subahanallah cantik sangat tapi tengok dari jauh boleh lah kalau dekat gua cabut dulu ler..heheheh

Khamis, 6 Jun 2013

ASAM JAWA KURANGKAN SAKIT KEPALA

assalamualaikum

asam jawa

 Bagi mereka yang sering mengalami sakit kepala , kurangkan kesakitannya dengan  sedikit asam jawa yang telah di bancuh bersama dengan semangkuk santan . caranya dengan menyapukan bahan tadi ke rambut dan perapkan seketika dengan menggunakan tuala. biarkan kering dan kemudian cuci dengan air yang bersih . Ia juga baik untuk kesihatan rambut supaya lebih lebat dan subur lagi menawan .

cubalah insyaALLAH akan hilang tapi jangan lupa baca bismillah dan selawat ke atas NABI s.w.t 3x