ads

Rabu, 19 Jun 2013

Cerita pasal duit.

assalamualaikum



Inilah duit atau token persendirian untuk membayar gaji peladang atau estet,token ini tidak mempunyai tarikh keluaran,mengikut sejarah sandakan di mana waktu itu syarikat2 dari china seperti Kwan Koo Khong telah membuka cawangan di daerah Sandakan pada tahun 1879.

Buruh dari China telah dihantar ke Sandakan bagi tujuan bekerja di Ladang ,koko,tembakau & lain-lain , termasuk orang-orang tempatan rakyat Sandakan,sabah 

Dizaman kesultanan Sulu yg pernah memerintah Borneo ketika dulu,1 matawang pernah diguna seluruh kepulauan Borneo,matawang yg sebut pilak bagi orang Sulu atau perak bagi orang2 melayu Borneo,nilai matawang itu 1perak,dan setengah perak yg mula dikeluaran pada tahun 1878.

Setelah kesultanan Sulu menyerahkan Borneo kepada British untuk dimajukan.
Matawang pilak itu tidak lagi digunakan bagi tujuan urusan jual beli,matang North Borneo telah diguna pakai dengan nilai 1sen,setengah sen,25sen dan 5sen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan