ads

Rabu, 19 Jun 2013

Durian dalam durian??

assalamualaikum dan salam satu malaysia..



LEDANG, MUAR - Seorang pemandu lori terkejut apabila mendapati sebiji durian kampung yang ditanamnya berbeza, kerana durian tersebut mengandungi durian lain di dalam pangsanya.

Musa Muhammad, 54, berkata, dia menyedari keunikan berkenaan ketika mengupas buah itu untuk dihidangkan kepada anak sulungnya yang hendak pulang ke kolej.

“Saya memungut buah ini yang baru gugur daripada pokok bersebelahan rumah selepas pulang dari tempat kerja.

“Sebaik mengupasnya, saya terkejut melihat terdapat durian berwarna keemasan di tengah antara pangsa buah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian rumahnya di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, dekat sini, semalam.

Menurutnya, dia segara memanggil isterinya, Zaleha Tamyiz, 50, dan dua anak lelaki bagi menyaksikan kejadian pelik itu.

Jelasnya, ini pengalaman pertama mereka melihat kejadian pelik itu.

Tambahnya, jiran yang mengetahui penemuan itu turut tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan kejadian berkenaan.

“Walaupun ganjil, tetapi rasa keenakan buah ini sama dengan durian lain.

“Inilah bukti kebesaran ALLAH SWT dan ia menjadi pengalaman menarik dalam kehidupan kami sekeluarga apabila diberikan peluang dipertemukan dengan kejadian seumpama ini,” katanya

sumber dari "Sinar Harian".

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum...

    Dalam beberapa tahun lepas, kawan saya yang sama2 berbisnes dengan saya dalam satu kompleks, ada membeli betik dan sewaktu kami nak menjamah bersama-sama, kami terlihat "betik di dalam betik". Lalu saya telefonkan pejabat surat khabar Harian Metro cawangan Melaka.

    BalasPadam